Kulit Muka Sensitif Dan Kemerahan

Ramai orang mempunyai kulit sensitif, keadaan di mana kulit mereka menjadi merah dan gatal sebagai tindak balas kepada pencetus tertentu.

APA YANG MENCETUSKAN REAKSI KULIT SENSITIF PADA MUKA, TANGAN & BADAN?

Sering kali ia adalah hasil daripada kulit anda bertindak balas terhadap bahan-bahan tertentu dalam produk kecantikan dan penjagaan kulit. Banyak produk penjagaan kulit mengandungi bahan-bahan yang agak keras - walaupun dikatakan "diuji oleh pakar dermatologi" tidak selembut yang dikatakan! Walau bagaimanapun, terdapat banyak sebab yang berpotensi - jadi jika ragu-ragu, berjumpa dengan doktor anda.

APAKAH SIMPTOM DAN TANDA-TANDA MASALAH KULIT SENSITIF?

Biasanya anda akan mengalami ruam, dengan kemerahan, kekeringan, kegatalan atau sensasi menyengat / terbakar.

BAGAIMANAKAH PRODUK SUU BALM MEMBANTU DENGAN KULIT SENSITIF

Kami memahami kekerapan jerawat dan tindak balas kulit gatal amat mengecewakan dan mengganggu.Produk kami telah dicipta untuk membantu.

PRODUK CUCIAN DAN PEMBERSIH KAMI UNTUK KULIT SENSITIF

icon3_png
Pembersihan ultra-lembut:
Dengan bahan-bahan yang paling lembut.
icon4_56097f17-56FD-4D88-B8C1-5E73942750CD
Meninggalkan kulit berasa lembut:
Dengan 5 jenis bahan pelembap.
img_3ea3b825-9154-47DE-95C7-d12363474005_png_webp
e3_28fd32b8-f4e5-4b83-994d-d2c0f445243b-2-3_png

Krim Pelembap dan Semburan Kami untuk Kulit Sensitif

icon3_png
Melegakan gatal dalam beberapa minit:
Dengan mentol penyejukan semula jadi.
icon4_56097f17-56FD-4D88-B8C1-5E73942750CD
Pulihkan halangan kulit:
Dengan ceramide mirip kulit.
TRUFF-PAGE_png
Mengurangkan Kemerahan & Kerengsaan:
Dengan Ekstrak Truffle Utara.
Produk Suu Balm dibangunkan selepas bertahun-tahun penyelidikan dermatologi di Pusat Kulit Nasional di Singapura. Semua produk kami terbukti bebas daripada bahan-bahan berbahaya, hypoallergenic dan selamat untuk semua jenis kulit terutamanya pada kulit kering, gatal dan sensitif.

PERJUANGAN KULIT KERING, GATAL ATAU SENSITIF ADALAH NYATA

Sama ada kulit sensitif di muka, belakang badan, dada atau keseluruhan badan, kenyataannya, ia menyakitkan dan menjengkelkan! 

Lebih-lebih lagi, orang yang mempunyai masalah kulit sensitif sering bergelut dengan jenis kulit sensitif lain yang berbeza seperti kulit gatal dan sensitif, kulit kering dan sensitif dan juga kulit berminyak dan sensitif. Semua masalah kulit ini berpunca daripada kulit sensitif yang boleh mengganggu aktiviti seharian kita. 

Walau bagaimanapun, hidup dengan keadaan kulit yang sensitif tidak semestinya sukar kerana Suu Balm mempunyai rangkaian produk penjagaan kulit sensitif yang boleh membantu memenuhi keperluan kulit anda.

Formulasi Skincare Mesra Kulit Sebagai Cara Penjagaan Kulit Sensitif

Keadaan kulit sensitif memerlukan lebih penjagaan dan perhatian. Jika anda berdepan dengan masalah kulit sensitif, anda tidak boleh menggunakan produk sembarangan pada kulit anda. 

Diformulasikan oleh pakar dermatologi dari National Skin Centre di Singapura, Suu Balm telah maju jauh dalam penciptaan produk untuk kulit sensitif. Suu Balm juga dapat membantu melegakan pelbagai jenis kulit sensitif. Rangkaian produk Suu Balm termasuklah penjagaan badan, muka, kulit kepala dan juga produk untuk kanak-kanak. 

Untuk memastikan Suu Balm sesuai untuk kulit sensitif, daripada mandian badan sehingga ke krim untuk kulit kering, produk Suu Balm adalah hipoalergenik, bebas pewangi dan tidak mengandungi bahan keras seperti paraben, sulfat, sabun, SLS, SLES dan bahan-bahan pengawet lain yang berbahaya. 

Bahan-bahan keras ini merupakan punca kepada masalah kulit sensitif serta mengakibatkan kemerahan, jerawat, kulit bertompok kering dan ruam. Penggunaan produk-produk yang mengandungi bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kulit anda boleh menyebabkan kulit anda beralih daripada kulit yang sederhana sensitif kepada kulit yang hipersensitif. 

Jadi, sudah tiba masanya untuk anda menukar rutin penjagaan badan dan muka kepada produk Suu Balm untuk merawat kulit sensitif anda.

Mulakan dengan Sabun Mandian Badan yang Melegakan sebagai Penjagaan Kulit Sensitif Pertama Anda

Kebanyakan antara kita yang mengalami masalah kulit sensitif lebih cenderung untuk memilih produk yang sesuai dengan jenis kulit sensitif kita. Namun begitu, masih terdapat produk-produk di luar sana termasuklah mandian badan yang dikatakan sebagai berkhasiat dan bersesuaian untuk kulit sensitif tetapi masih tidak berkesan untuk kita.  

Itulah sebabnya, Suu Balm telah menghasilkan Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash, iaitu mandian badan yang direka khas untuk kulit sensitif dengan formulasinya yang sangat lembut dan berkhasiat, terutamanya untuk kulit yang sangat sensitif. 

Ia merupakan sabun mandian badan yang ideal dan lembut untuk kulit sensitif dan kulit anda akan berasa lega, lembap dan segar dengan formulasi dwi yang mempunyai fungsi untuk menyejukkan dan melembapkan. Sabun mandian untuk kulit sensitif ini sepadan dengan pH semulajadi kulit dan mengandungi lima bahan pelembap, termasuklah shea butter dan natrium hyaluronat untuk kulit yang sihat dan lembap. Manakala, mentol semulajadi yang terdapat dalam bahan mandian badan ini juga dapat memberi fungsi penyejukan dan kelegaan untuk kulit sensitif yang kering dan gatal.

Krim Pelembab Dan Losyen Terbaik Untuk Merawat Kulit Sensitif Pada Badan & Tangan

Selepas membersihkan badan anda dengan Dual Cooling & Moisturising Cream Body Washanda perlu seterusnya menggunakan pelembap yang baik untuk kulit sensitif. Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser adalah pilihan terbaik untuk digandingkan sebagai cara penjagaan kulit sensitif anda. 

Krim untuk kulit kering ini bukan sahaja direka untuk melegakan kulit gatal seperti yang disebut dalam namanya, tetapi ia juga direka untuk mereka yang menderita disebabkan oleh kulit sensitif, biarpun dari kulit sensitif kering sehingga ke kulit sensitif yang menyakitkan. 

Ini kerana pelembap paling laris untuk kulit sensitif ini dirumus dengan mentol untuk melegakan dan menyejukkan dalam masa lima minit. Ia juga diformulasikan dengan lima jenis ceramide yang boleh menambah semula lapisan permukaan kulit untuk memberikan kelegaan dan mengekalkan kesihatan kulit anda. Selain daripada fungsinya untuk menambah semula lapisan permukaan kulit, 5 jenis ceramide yang serupa kulit ini juga berfungsi untuk mengunci kelembapan yang optima ke dalam kulit untuk mengelakkan daripada kekeringan pada kulit sensitif anda. 

Selain berfungsi sebagai losyen badan untuk kulit sensitif, Rapid Itch Relief Moisturiser juga boleh digunakan setiap hari sebagai losyen tangan untuk merawat kulit sensitif.  

Bukan itu sahaja, formulasi Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser juga sangat ringan dan tidak melekit, menjadikannya sesuai untuk digunakan secara kerap dalam cuaca yang panas dan lembap di negara kita. Pelembap ini boleh dikatakan sebagai salah satu pelembap yang terbaik untuk kulit sensitif di Malaysia dengan bahan-bahannya yang berkualiti tinggi, mesra untuk kulit sensitif serta berkhasiat.

Contoh Produk Penjagaan Kulit Terbaik Untuk Masalah Kulit Muka Sensitif

Bagi seseorang yang sedang berhadapan dengan masalah kulit muka sensitif, mencari produk penjagaan muka yang sesuai untuk kulit sensitif boleh menjadi satu cabaran yang besar. Ini boleh menyukarkan proses untuk mendapatkan kulit yang sihat, anjal dan lembut. 

Jangan risau! Selain daripada rangkaian penjagaan badan, Suu Balm juga mempunyai rangkaian penjagaan kulit muka yang sangat lembut untuk kulit sensitif, termasuklah pencuci muka dan juga pelembap muka untuk kulit sensitif.  


Suu Balm Gentle Moisturising Facial Cleanser sangat bersesuaian untuk kulit muka sensitif. Tidak seperti kebanyakan pencuci muka, Suu Balm adalah hipoalergenik dan bersesuaian dengan pH kulit yang sihat. 

Bukan itu sahaja, pencuci muka untuk kulit sensitif ini juga mengandungi formulasi berkrim yang sangat berkualiti dan efektif hasilnya daripada ramuan eksklusif iaitu shea butter bersama teknologi penahan airnya yang unik. Oleh itu, semasa anda mencuci muka, kulit muka anda akan mendapat kelembapan yang diperlukan tanpa meninggalkan kesan ketegangan.  

Dengan gabungkan semua manfaat ini, Suu Balm Gentle Moisturising Facial Cleanser boleh dikatakan sebagai salah satu pembersih muka untuk kulit sensitif yang terbaik di Malaysia.

Gandingkan Pencuci Muka Anda Dengan Krim Moisturizer Terbaik Sesuai Untuk Kulit Sensitif

Selepas mencuci muka dengan  Suu Balm Gentle Moisturising Facial Cleanser, ikuti dengan penggunaan  Suu Balm Cooling Itch Relief Facial Moisturiser

Bahan-bahan premium dalam pelembap ini boleh menjadikannya salah satu pelembab muka untuk kulit sensitif yang terbaik di Malaysia. Walaupun namanya menunjukkan bahawa ia adalah sesuai untuk untuk kulit gatal, namun  Cooling Itch Relief Facial Moisturiser  juga direka khas untuk kebanyakan jenis kulit sensitif.  

Pelembap untuk kulit sensitif ini dirumus dengan gabungan ceramide serupa kulit, truffle utara dan ekstrak safflower yang berfungsi untuk melembapkan dan membaiki masalah kulit sensitif secara semulajadi sambil mengurangkan bintik-bintik merah dan melegakan kerengsaan muka dengan segera tanpa memedihkan mata. Selepas setiap penggunaan, lapisan permukaan kulit dapat dipulihkan kepada keadaan yang sihat, kulit sensitif anda akan terlihat lebih sihat! 

Tambahan pula, pelembap muka  Cooling Itch Relief Facial Moisturiser yang memenangi anugerah ini juga merupakan krim muka untuk kulit sensitif yang formulasinya tidak melekit dan ringan pada kulit. Ini bermakna, pelembap ini sesuai digunakan setiap hari dalam iklim yang panas dan lembap di Malaysia! 

Selain itu,  Cooling Itch Relief Facial Moisturiser juga selamat dan sesuai digunakan pada bayi baru lahir. Jadi, jika si kecil anda mengalami kulit sensitif atau ruam, anda boleh sapukan pelembap ini pada bayi anda!

Tiada lagi Masalah Kulit Sensitif! Nikmati Penghantaran Percuma & Pilihan Pembayaran Ansuran tanpa Faedah Suu Balm

Jadi, sama ada masalah kulit muka sensitif atau kulit badan sensitif, Suu Balm merupakan wira anda! Tunggu apa lagi? Beli rangkaian produk Suu Balm dalam talian sekarang untuk menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara

Produk yang Disyorkan untuk Kulit Sensitif