MY-FEB-JGN-GATAL-WEBSITE-BANNER_8f3af293-2bd3-4390-aea5-2569ad4154cb
MY-FEB-JGN-GATAL-WEBSITE-WASH-840-CREAM-350-THUMB_png_webp

Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Suu Balm

Pelembap dan Pembersih Badan untuk Kulit Sensitif dan Gatal

 

Pembersih badan Suu Balm menggunakan surfaktan yang lemah lembut untuk membersihkan kulit dan juga boleh memastikan kulit kekal lega dan lembap.

Bagi pelembap Suu Balm, ia mengandungi mentol semula jadi untuk melegakan dan menenangkan kulit sensitif dengan cepat manakala 5 jenis ceramide mirip kulit membantu untuk memperbaiki penghadang kulit dan mengunci kelembapan!

Kulit Gatal Pada Waktu Malam? Cari Rawatan Terbaik untuk Alergi & Bintik Merah

 

Adakah anda menghadapi masalah kulit gatal di muka, tangan, kaki atau mana-mana bahagian tertentu di badan anda? Mempunyai kulit yang gatal selalunya akan membawa kepada kualiti hidup yang kurang selesa kerana ia boleh menjejaskan aktiviti harian. Kebiasaannya, masalah kulit seperti ini menghalang kita daripada melakukan perkara yang kita minat. Selain itu, kulit yang gatal pada waktu malam juga boleh menyebabkan kita kekurangan tidur dan rehat yang diperlukan.

Selain daripada kegatalan yang boleh mengganggu keselesaan pada waktu malam, kulit kering dan kegatalan juga boleh menyumbang kepada rasa kurang keyakinan diri dengan munculnya bintik-bintik merah pada kulit gatal.