Kulit kepala kering, gatal, berkelemumur?

Kulit kepala gatal dan berkelemumur amat memalukan, ia meninggalkan serpihan putih pada pakaian kegemaran mahupun di atas kerusi anda bekerja

Apa yang mencetuskan kulit kepala anda kering dan berkelemumur?

Kebiasaannya, terdapat pelbagai punca yang menyebabkan kulit kepala menjadi gatal dan berkeruping dan akhirnya membentuk kelemumur. Masalah ini juga digelar sebagai 'dermatitis seborrheic' atau nama lainnya sebagai kelemumur yang teruk. Tahukah anda, kebanyakan masalah kulit kepala kering dan berkelemumur berlaku kerana produk yang digunakan tidak bersesuaian dan kekerapan pencucian rambut juga boleh menyebabkan masalah ini.

Apakah simptom dan tanda-tanda kulit kepala yang berkeringat?

Simptom yang biasa berlaku ialah kulit berasa gatal dan penampakan serpihan kulit kering yang bertumpu di atas bahu. Ia juga boleh dilihat di permukaan kulit dan disebalik rambut anda. Simptom ini turut digelarkan sebagai 'dermatitis seborrheic'. Penampilan kerak ini lebih kuning dan membuatkan permukaan kulit kepala berasa lebih berminyak dan juga pada rambut.

Bagaimana Suu Balm membantu mengawal kegatalan dan masalah kulit kepala berkelemumur

Kami faham perasaan anda dibelenggu rasa gatal di kulit kepala setiap hari dan kegatalan yang berterusan. Masalah ini turut menyebabkan anda berasa malu dan tidak yakin dalam situasi sosial. Lihat produk yang diciptakan kami untuk membantu anda.

Rangkaian kulit kepala kami

  • Melegakan sebarang kegatalan dengan cepat:

    Dengan penyejukan semula jadi mentol.

  • Sangat Melembapkan:

    Dengan ceramide mirip kulit.

  • Mengurangkan kelemumur dan pengelupasan:

    Diperkaya dengan piroctone olamine.

Produk Suu Balm dibangunkan hasil penyelidikan bertahun-tahun oleh pakar dermatologi di Pusat Kulit Nasional di Singapura. Semua produk kami terbukti bebas daripada bahan-bahan merbahaya, hipoalergenik dan selamat untuk semua jenis kulit terutamanya pada kulit kering, gatal dan sensitif.