Atopik Ekzema pada Bayi dan Dewasa? Ketahui Rawatan dan Produk Yang Sesuai

Atopik Ekzema pada Bayi dan Dewasa? Ketahui Rawatan dan Produk Yang Sesuai

Atopik ekzema, juga dikenali sebagai dermatitis atopik, merupakan bentuk ekzema yang paling biasa berlaku, terutamanya dalam kalangan bayi dan dewasa. Ia bukan sahaja menyebabkan ketidakselesaan fizikal, tetapi turut memberi kesan kepada kualiti hidup secara keseluruhan. Kulit menjadi merah, sangat gatal, kering, dan dalam sesetengah kes boleh merekah hingga berdarah. Hal ini boleh menjejaskan emosi, dan keyakinan diri.

Walaupun tiada penawar mutlak untuk ekzema, pemahaman yang baik mengenai puncanya serta penggunaan produk penjagaan yang tepat boleh membantu mengawal simptom dengan berkesan.

Apa Itu Atopik Ekzema dan Puncanya?

Atopik ekzema ialah keadaan kulit kronik yang menyebabkan keradangan, kegatalan dan kekeringan berulang. Ia bukan penyakit berjangkit, tetapi cenderung berlaku dalam kalangan individu yang mempunyai sejarah keluarga ekzema, asma atau rinitis alergi.

Beberapa faktor yang boleh mencetuskan atau memburukkan atopik ekzema termasuk:

  • Genetik: jika ibu bapa mempunyai ekzema, anak juga berisiko lebih tinggi untuk mengalaminya.

  • Persekitaran: udara kering, pencemaran, atau suhu ekstrem boleh memberi kesan negatif kepada kulit.

  • Alergen dan bahan kimia: seperti sabun kuat, detergen, atau bahan dalam produk penjagaan kulit.

  • Sistem imun yang terlalu aktif : kulit bertindak balas secara berlebihan terhadap rangsangan luar.

Kulit bayi lebih sensitif dan belum matang, menjadikannya mudah terkesan. Manakala golongan dewasa mungkin lebih terdedah kepada tekanan, perubahan hormon dan bahan pencetus dari persekitaran kerja atau rumah.

Tanda Awal dan Ciri-Ciri Atopik Ekzema

Simptom awal lazimnya bermula dengan kemerahan kulit, rasa gatal yang teruk, dan kulit kering. Dalam kes kronik, kulit boleh menjadi menebal, bersisik dan merekah, terutamanya di kawasan seperti tangan, jari, kaki, serta lipatan seperti siku dan belakang lutut.

Jika dibiarkan tanpa rawatan, ekzema boleh menyebabkan komplikasi lain seperti jangkitan sekunder akibat kerap menggaru yang merosakkan lapisan pelindung kulit. Oleh itu, rawatan awal dan rutin penjagaan yang konsisten sangat penting dalam pengurusan simptom.

Cara Rawatan untuk Melegakan Atopik Ekzema

Pengurusan ekzema memerlukan pendekatan menyeluruh. Antara langkah penting yang boleh diambil termasuk:

1. Penggunaan Krim dan Losyen Pelembap

Gunakan pelembap yang dirumus khas untuk menenangkan kulit sensitif. Sapuan perlu dilakukan secara konsisten terutamanya selepas mandi ketika kulit masih lembap untuk mengunci kelembapan pada kulit.

2. Pencuci Muka dan Badan untuk Kulit Sensitif

Pilih pencuci muka dan mandian yang bebas alkohol, dan tidak mengandungi Sodium Lauryl Sulfate (SLS) agar tidak menanggalkan minyak semula jadi kulit. Formulasi jenis ini lebih mesra untuk kulit sensitif kerana tidak mengganggu keseimbangan pH kulit.

3. Kenalpasti dan Elakkan Pencetus Ekzama

Alergen seperti debu, peluh berlebihan, sabun pencuci pakaian, dan makanan tertentu perlu dikenal pasti dan dielakkan. Cuaca sejuk dan kering juga boleh mencetuskan simptom.

Produk Yang Dirumus Khas untuk Melegakan Atopik Ekzema

Untuk pengurusan harian ekzema, pemilihan produk penjagaan kulit yang sesuai sangat penting. Suu Balm merupakan antara jenama yang dipercayai oleh ramai penghidap ekzema di Malaysia. Rangkaian produknya diformulasi oleh pakar dermatologi di Singapura dengan fokus terhadap keperluan kulit yang sensitif dan mudah merengsa. 

Keistimewaan Suu Balm terletak pada kombinasi mentol semula jadi yang memberikan rasa sejuk serta-merta, bersama kandungan ceramide yang berfungsi memulihkan lapisan perlindungan kulit yang rosak. Lebih penting, semua produk Suu Balm adalah bebas paraben, SLS dan bahan kimia yang boleh menyebabkan iritasi.

Sama ada untuk dewasa atau bayi, rangkaian Suu Balm merangkumi pencuci kulit, dan krim pelembap yang boleh digunakan setiap hari. Untuk bayi pula, mandian dan syampu lembut serta pelembap yang ditawarkan sangat sesuai bagi kulit yang sensitif, kegatalan dan mudah merengsa.

Dapatkan Kelegaan Cepat untuk Atopik Ekzema Anda Hari Ini!

Atopik ekzema mungkin bersifat kronik, tetapi dengan penjagaan yang betul dan penggunaan produk yang sesuai, ia boleh dikawal dengan baik. Sama ada anda seorang ibu yang mencari penyelesaian untuk si kecil, atau dewasa yang telah lama bergelut dengan kulit sensitif, Suu Balm menawarkan pilihan yang lembut namun berkesan untuk penjagaan harian. 

Kulit yang sihat bermula dengan rutin yang konsisten dan pemilihan produk yang tepat. Cuba rangkaian Suu Balm hari ini untuk melegakan simptom ekzema dan memulihkan keselesaan kulit anda. Setiap kulit berhak untuk sihat dan bebas iritasi. Sebagai alternative, anda juga boleh menghubungi kami untuk ketahui lebih lanjut.

Back to blog
1 of 2