sensitive skin

Kulit Sensitif

Secara dermatologikalnya, tidak ada definisi khusus untuk kulit sensitif. Kulit sensitif merupakan terma awam yang digunakan untuk menggambarkan kondisi kulit sesetengah individu yang mempunyai toleransi yang rendah terhadap kosmetik dan produk-produk penjagaan peribadi ataupun persekitaran yang menyebabkan kulit mereka kerap muncul ruam, bertompok putih, gatal-gatal dan mengalami kesakitan yang menyengat kesan daripada penggunaan produk produk tersebut.

CIRI CIRI KLINIKAL

Kulit sensitif boleh muncul dalam pelbagai bentuk seperti:

  • Sengatan, kegatalan, atau sensasi panas/terbakar. Walau bagaimanapun, simptom-simptom ini adalah subjektif dan tidak semua orang mengalaminya.
  • Perubahan kulit yang ketara seperti kemerah-merahan, benjolan,gatal-gatal, kulit menggelupas, berkeruping, kekeringan dan bersisik.

Selalunya, kebanyakan aduan berkaitan kulit sensitif adalah berkenaan dengan bahagian muka dan tangan kerana bahagian mata, hidung dan mulut merupakan kawasan yang paling sensitif dan tangan biasanya dicuci berkali-kali dalam sehari dengan menggunakan bahan pencuci yang mengandungi kandungan kimia yang tinggi. Walaupun begitu, bahagian badan lain seperti ketiak, kawasan pangkal paha dan kemaluan adalah kawasan yang juga sensitif disebabkan oleh tekstur kulit yang sedikit nipis di sekitarnya.

PENYEBAB KULIT SENSITIF

Lapisan kulit luar, juga dikenali sebagai epidermis, merupakan pelindung penghadang yang membantu mengelakkan kemasukan bahan berbahaya dan yang paling penting, membantu memerangkap kelembapan dalam kulit. Namun begitu, kadangkala pelindung penghadang ini mungkin menjadi lemah, dan secara tidak langsungnya, mendedahkan kulit anda kepada kerengsaan yang boleh menyebabkan reaksi tindakbalas pada kulit anda.

causes of sensitive skin

BAGAIMANA KULIT SENSITIF DIDIAGNOS?

Lazimnya, punca kulit sensitif berkemungkinan didiagnos berdasarkan sejarah kondisi kulit itu sendiri, selain ujian klinikal oleh pakar dermatologi anda.

Doktor akan mengesyorkan beberapa ujian seperti biopsy kulit atau ujian tampalan, bergantung kepada sejarah kondisi serta ujian yang dijalankan. Adalah lebih baik sekiranya anda berbincang dengan doktor anda tentang perlunya anda menjalani ujian, dan apa yang boleh dan tidak boleh didiagnos.

BAGAIMANA MERAWAT KULIT SENSITIF?

Untuk mereka yang mempunyai kulit sensitif tanpa sebarang sebab atau punca yang boleh ditemukan, atau mereka yang perlu menjaga kondisi kulit mereka yang rosak, rutin penjagaan kulit yang baik adalah disyorkan, yang mana ianya boleh melindungi kulit anda daripada iritasi.

Tip dari kami untuk rutin penjagaan kulit anda:

  • Sahkan diagnosis daripada doktor anda – jika tidak ada sebarang perubahan, atau menjadi bertambah teruk, anda perlu mendapatkan nasihat dan mungkin mencari alternatif lain atau diagnosis yang jarang berlaku.
  • Elakkan barang / makanan yang menyebabkan alahan
  • Elakkan menggaru
  • Pastikan anda tahu apa yang disapu pada kulit
  • Gunakan mandian badan / pembersih bebas sabun.
  • Pastikan kulit anda sentiasa lembap dan terhidrat! Gunakan pelembap hilang kegatalan seperti Suu Balm dan pastikan anda memakainya dengan kerap sepanjang hari – maksudnya, sekurang kurangnya 3 hingga 4 kali!
  • Pakai krim pelindung matahari

BAGAIMANA MEMILIH PELEMBAP?

Terdapat pelbagai jenis pelembab berlainan yang terdapat di pasaran. Mungkin sukar bagi sesetengah individu untuk memilih produk manakah yang sesuai untuk kulit sensitif. Secara amnya, pelembap merupakan krim yang terhasil daripada campuran minyak dan air, walaupun ada sebahagian yang berasaskan “parafin” dan dikenali sebagai salap (jenis pelembab seperti ini biasanya lebih pekat dan lebih berminyak)

Pertama sekali, anda perlu menggunakan pelembab dengan kerap. Oleh itu, adalah penting untuk memilih pelembab yang membuatkan anda selesa untuk dipakai sekerap mungkin. Contohnya: sesetengah orang mendapati pelembab yang pekat rumit untuk dipakai selalu (terkadang mereka merasakan ianya menjadi agak leceh apabila mereka ingin bersiap untuk keluar, terutama sekali di bawah suhu cuaca yang panas selepas pemakaian). Oleh yang demikian, cubalah krim yang menyerap ke dalam kulit dengan senang supaya anda dapat menjalankan aktiviti anda di luar rumah dengan selesa dan supaya anda dapat meningkatkan frekuensi pemakaian sekerap yang mungkin!

Kedua, anda perlu mempertimbangkan bahan-bahan yang terdapat dalam pelembap: terdapat beberapa bahan merengsa yang digunakan dalam produk-produk kosmetik (pelembab, secara amnya dikategorikan sebagai kosmetik dari pada sudut perspektif peraturan produk.) Sesetengah perspektif termasuk paraben, termasuk dalam kategori ini, sama halnya dengan bahan-bahan yang digunakan untuk mengolah asid/keseimbangan asas asid, contohnya: sodium hydroxide.

Mereka yang mempunyai kulit sensitif juga perlu lebih berhati-hati dengan ekstrak tumbuhan, ini kerana terdapat ekstrak tumbuhan yang merengsakan kulit dan selalunya boleh didapati dalam produk penjagaan kulit – seolah olah untuk memaparkan imej organik dan semulajadi. Pada sisi yang lain, terdapat beberapa bahan yang sangat bermanfaat seperti ceramides dan pecahan produk filaggrin yang berfungsi untuk memperbaiki penghadang kulit yang rosak, mengembalikannya ke fungsi normal dan sekaligus meningkatkan pengekalan kelembapan pada kulit.

Yang terakhir, pilihlah pelembab yang mengandungi lebih manfaat seperti melegakan kegatalan kulit. Mentol, dalam kuantiti yang sedikit sangat berkesan dalam melegakan gatal-gatal yang dikaitkan dengan kondisi lain yang terkait dengan kulit sensitif.

 

BAGAIMANA MEMILIH MANDIAN BADAN?

Aspek yang paling penting dalam memilih mandian badan yang tepat ialah dengan memastikan ianya bebas sabun. Anda akan melihat banyak rangkaian produk yang dilabelkan sebagai bebas sabun tetapi mengandungi bahan seakan-akan sabun yang mendatangkan kerengsaan pada kulit (ianya diklasifikasikan sebagai bahan pencuci, iaitu bahan yang membantu menyingkirkan minyak kulit, sekaligus menjadikannya mudah untuk dibasuh dengan air). Antara bahan yang selalu digunakan ialah Sodium Lauryl Sulfate (SLS) dan Sodium Laureth Sulfate (SLES).

Nota berkenaan bahan-bahan yang disebutkan pada bahagian “Bagaimana Memilih Pelembap?” turut digunapakai bagi pemilihan mandian badan. Ingat, bahan pewangi dan pewarna juga harus dielakkan.

Sekiranya tangan anda kotor, atau diliputi minyak, anda perlu menggunakan sedikit sabun – oleh itu, gunakanlah sabun berjenis lembut, tanpa pewangi, dan selepas itu, keringkan kulit dengan betul dan gunakanlah pelembap sejurus selepas itu!

BAGAIMANA MELINDUNGI TANGAN DARIPADA TERKENA SENTUHAN BAHAN YANG MERENGSAKAN?

  • Cuba elak daripada terkena sabun pencuci kain dan pinggan dengan cara pakaikan sarung tangan.
  • Elakkan tangan anda daripada berminyak dan kotor, agar anda dapat mengurangkan penggunaan sabun.
  • Bahan makanan boleh menyebabkan kerengsaan pada kulit (contohnya: Ubi kentang, lada, buah-buahan jenis sitrus).
  • Berkebun juga turut mendedahkan tangan kepada tumbuh-tumbuhan yang berpotensi merengsakan kulit. Oleh itu dapatkanlah bantuan atau gunakan sepasang sarung tangan berkualiti yang dikhususkan untuk berkebun.

Share this page