MY-FEB-JGN-GATAL-WEBSITE-BANNER_8f3af293-2bd3-4390-aea5-2569ad4154cb
MY-FEB-JGN-GATAL-WEBSITE-WASH-840-CREAM-350-THUMB_png_webp

Rangkaian Dewasa Suu Balm

Pelembap Dan Pembersih Badan terbaik untuk kulit gatal

 

Pembersih badan Suu Balm menggunakan surfaktan yang lemah lembut untuk membersihkan kulit dan juga boleh memastikan kulit kekal lega dan lembap.

Bagi pelembap Suu Balm, ia mengandungi mentol semula jadi untuk melegakan dan menenangkan kulit sensitif dengan cepat manakala 5 jenis ceramide mirip kulit membantu untuk memperbaiki penghadang kulit dan mengunci kelembapan!

Sedang mencari rawatan yang betul untuk Alergi Kulit Gatal anda?

 

Adakah anda menghadapi masalah kulit gatal di muka, tangan, kaki atau di mana-mana bahagian badan anda? Menghadapi masalah kulit gatal selalunya menjejaskan kualiti hidup kerana ia menjejaskan aktiviti harian kita. Selalunya, masalah kulit ini akan menghalang kita daripada melakukan perkara yang kita sukai dan kulit gatal boleh menyebabkan kita kekurangan rehat yang diperlukan pada waktu malam. 

Selain itu, kulit kering dan gatal juga boleh menyebabkan rasa rendah diri disebabkan oleh penampilan kulit kita.

Mengapakah Kita Mengalami Kegatalan Pada Kulit?

Selain keturunan, punca kulit gatal juga boleh disebabkan oleh faktor lain seperti alahan kulit kepada habuk, haba dan peluh yang sering terlepas pandang. Tekanan juga merupakan pencetus untuk kulit gatal, di mana sistem saraf terjejas, menyebabkan simptom seperti gatal-gatal dan sensasi terbakar muncul pada kulit, seperti kulit kepala, tangan, kaki dan muka. Kegatalan pada tangan, kaki, muka dan seluruh badan juga boleh timbul apabila kita menggunakan produk yang mengandungi bahan-bahan yang tidak sesuai untuk kulit kita, seperti paraben, pengawet dan wangian. Itulah sebabnya Suu Balm telah dirumus dengan bahan-bahan premium yang hipoalergenik dan sepadan dengan pH yang sihat sambil bebas daripada sabun dan sulfat serta bahan-bahan yang berbahaya.

Ucapkan Selamat Tinggal kepada Kulit Kering dan Gatal dengan Suu Balm

Adakah bintik-bintik merah pada kaki, ruam gatal pada tangan dan bintik-bintik merah yang gatal pada seluruh badan anda menyebabkan anda garu? Itulah masalahnya dengan kulit kering dan gatal kerana sekiranya anda mula menggaru, hampir mustahil untuk berhenti! Inilah 'kitaran gatal-gatal', di mana apabila kawasan yang terjejas telah digaru, ia akan menyebabkan lebih banyak keradangan, yang seterusnya akan menyebabkan lebih banyak ruam dan bintik merah pada kulit. Selain itu, kitaran gatal-gatal juga boleh merosakkan penghadang kulit yang terjejas jika tidak dirawat. Salah satu strategi untuk memecahkan kitaran gatal-gatal seperti yang disyorkan oleh profesional penjagaan kesihatan adalah dengan menenangkan kulit kering dan gatal dengan penggunaan produk topikal dengan kekerapan pelembapan yang tinggi. Jadi, jika anda masih tercari-cari pelembap yang terbaik untuk kulit kering dan gatal, Suu Balm ialah pilihan pertama anda!

Langkah pertama untuk melegakan kulit gatal anda 

Sama seperti setiap produk lain yang kita sapukan pada kulit kita, pembersih badan juga memainkan peranan yang penting dalam kesihatan kulit kita. Jadi, jika anda masih mengalami kulit gatal walaupun selepas mandi, maka ada kemungkinan besar anda tidak menggunakan pembersih badan yang sesuai. Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash adalah langkah pertama yang ideal untuk melegakan kulit gatal anda kerana ia mempunyai formulasi pelembap yang lembut. Bukan sahaja ia berkhasiat untuk kulit, ia juga meninggalkan sensasi sejuk dari mentol semula jadi yang menyegarkan dan melegakan keadaan kulit gatal. Selain itu, ia bebas daripada bahan-bahan berbahaya seperti sabun, sulfat, SLS, SLES, paraben, pengawet dan wangian, yang diketahui boleh mencetuskan kulit gatal. Selepas mandi, kami mencadangkan agar anda menggunakan Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser sebagai langkah ke-2 untuk rawatan kulit gatal anda untuk pengalaman melegakan kulit gatal yang optimum!

Pelembap badan untuk kulit gatal dengan bahan-bahan yang terbaik

Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser yang diformulasikan di Pusat Kulit National, Singapura, dengan 5 jenis ceramide mirip kulit dan tidak mengandungi pengawet, menjadikan ia pelembap yang sempurna untuk kulit gatal dan sensitif. Oleh itu, Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser merupakan salah satu pelembap yang paling sesuai untuk kulit gatal di Malaysia.

Sebab-sebab ia pelembap yang terbaik untuk melegakan kulit gatal dengan cepat

Selain itu, Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser diformulasi dengan mentol semulajadi yang memberikan kelegaan pada kulit gatal hanya dalam masa 5 minit, menjadikannya salah satu pelembap rawatan kulit gatal yang terbaik! Ia amat sesuai untuk mereka yang mengalami bintik merah pada kulit, kulit gatal pada waktu malam dan alahan kulit gatal. Data ini berdasarkan kajian selidik yang dijalankan pada Februari 2017, data dalam fail.

Sebab-sebab ia merupakan pelembap yang terbaik untuk kulit gatal dan kering

Jika anda mengalami ruam gatal pada kulit atau kulit gatal yang menyakitkan disebabkan oleh penghadang kulit yang lemah dan rosak, Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser juga direka untuk melembapkan kulit secara mendalam dan memecahkan kitaran gatal-gatal dengan mencegah kerosakan yang selanjutnya pada kulit yang digaru secara berterusan. Dengan adanya 5 jenis ceramide mirip kulit, pelembap ini berfungsi untuk membaiki, memulihkan dan menambahbaik penghadang kulit untuk kulit yang lebih sihat dan bebas gatal dengan mengunci kelembapan secara berterusan. Jadi, jika anda sedang mencari rawatan kulit gatal seperti pelembap untuk ruam kulit dan gatal atau pelembap untuk kulit gatal, cubalah Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser. Pelembap 'suu-per' ini dapat meningkatkan kualiti hidup anda dengan membolehkan anda menjalani kehidupan seharian dengan yakin dan mendapatkan waktu rehat yang mencukupi pada waktu malam. Pecahkan kitaran gatal-gatal dengan Suu Balm sekarang!

Selamat tinggal tompokan merah pada kulit! Nikmati penghantaran percuma dari Suu Balm & ansuran tanpa faedah

Mahupun ia alahan kulit gatal, kulit gatal pada waktu malam atau hanya keadaan kulit kering yang anda sedang mengalami, legakan ia dengan produk kelegaan kulit Suu Balm. Rangkaian produk Suu Balm merangkumi penjagaan badan, penjagaan kulit kepala, penjagaan muka dan juga produk yang sesuai untuk si kecil. Jangan tunggu lagi! Dapatkan Suu Balm dalam talian sekarang untuk menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara dan pilihan pembayaran ansuran tanpa faedah.