dry skin solution

Kulit Kering: Punca & Cara Merawat

Cara Merawat Kulit Kering & Pilihan Pelembab

Kulit kering merupakan kondisi tidak selesa yang selalunya mempunyai ciri-ciri seperti kekeringan pada kulit, dan kemudiannya berubah menjadi bersisik, gatal-gatal dan merekah. Ia terjadi disebabkan beberapa faktor. Sebahagian orang mempunyai kulit yang kering yang boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat dengan baik. Mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak juga boleh mengalami kulit kering dari masa ke semasa.Kulit kering boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh badan, tapi selalunya kerap terjadi pada bahgian tangan, lengan, lutut, dan tumit kaki. Biasanya, ia boleh mengubah gaya hidup seseorang. Krim pelembap ekzema yang efektif seperti Suu Balm™ serta pemakaian yang konsisten boleh membantu anda untuk merawat kulit kering atau ekzema. Walau bagaimanapun, sekiranya rawatan-rawatan tersebut tidak berhasil, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan konsultasi.Pendedahan kepada cuaca yang panas, lembap, dan kering mahupun cuaca musim sejuk, air panas dan sesetengah bahan kimia berpotensi mengeringkan kulit. Inilah sebabnya mengapa ia penting bagi anda untuk terus menggunakan pelembap kulit selain memastikan anda membaca satu persatu label kandungan produk penjagaan kulit atau alat solek yang digunakan pada kulit anda yang kering. Kulit kering ini juga boleh terjadi disebabkan oleh tindak balas penyakit seperti dermatitis atau psoriasis.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO KULIT KERING

Kulit kering boleh terjadi kepada sesiapa sahaja! Akan tetapi, terdapat sesetengah faktor risiko yang meningkatkan peluang untuk menjadikan kulit anda lebih kering. Berikut adalah faktor-faktor yang perlu anda ketahui;

  • Umur: Golongan dewasa lebih cenderung untuk memiliki kulit kering. Ini kerana, sejajar dengan peningkatan umur, pori pori kulit lazimnya mengeluarkan minyak yang sedikit, yang juga berfungsi sebagai pertahanan semulajadi bagi mengelakkan kekeringan kulit, oleh sebab itu ianya lebih meningkatkan risiko mendapatkan kulit kering.
  • Sejarah perubatan : Peluang bagi anda menghidapi ekzema atau allergic contact dermatitis akan meningkat jika anda mempunyai sejarah salah satu kondisi tersebut, atau jika ada di antara ahli keluarga anda yang menghidapi penyakit seperti lelah, atau demam yang berpunca dari alahan.
  • Musim: Kulit kering lebih biasa terjadi semasa musim luruh dan sejuk, iaitu apabila tahap kelembapan agak rendah. Pada musim panas pula, tahap kelembapan yang tinggi boleh membantu menghentikan kulit anda daripada kekeringan. Ini tidak bermaksud anda patut berhenti daripada menggunakan pelembap semasa musim panas!
  • Persekitaran: Cuaca di luar hanyalah salah satu faktor yang perlu diambil kira selain persekitaran di mana anda tinggal dan bekerja. Contohnya, mereka yang tinggal di negara yang beriklim tropika, walaupun cuace dengan tahap kelembapan tinggi, sering duduk atau bekerja di tempat yang berhawa dingin, kering dan menyebabkan keadaan kulit menjadi kering. Sama juga dengan mereka yang tinggal dalam cuaca yang lebih sejuk. Semasa musim sejuk, mereka lebih cenderung untuk menjadikan rumah mereka terlalu panas, yang mana keadaan ini akan menjadikan udara dan persekitaran sangat kering yang seterusnya menyumbang kepada kekeringan kulit.
  • Tabiat mandi: Mandi terlalu kerap atau mandi air panas akan meningkatkan risiko kulit menjadi kering. Penggunaan sabun atau produk mandian berbuih yang mengandungi bahan-bahan seperti Sodium Lauryl Sulfate (SLS) atau Sodium Laureth Sulfate (SLES) menambahkan risiko kekeringan kulit, ini disebabkan bahan-bahan ini membasuh dan menyingkirkan minyak kulit semulajadi yang sepatutnya menjadikan kulit lembap dan sihat.

RAWATAN UNTUK KULIT KERING

Bagi kes-kes yang sederhana, anda boleh merawat kulit kering sendiri dengan hanya mengikuti dua cara mudah:

  • Cuba kurangkan daripada terdedah kepada benda atau persekitaran yang boleh mengeringkan kulit
  • Gunakanlah pelembap dengan kerap setiap hari. Jika kulit anda mengalami kegatalan, anda patut memilih pelembap yang khusus untuk kulit sensitif yang juga turut mengandungi bahan yang boleh membantu anda melegakan rasa gatal-gatal.

Walau bagaimanapun, jika dalam jangka masa 1-2 minggu anda mengamalkan strategi serta langkah-langkah ini dan keadaan kulit kering anda tidak menunjukkan perubahan, ataupun menjadi semakin teruk, maka anda harus segera berjumpa dengan doktor anda untuk pengesahan diagnosis – berkemungkinan ianya lebih daripada sekadar masalah kulit kering.Doktor anda kemudiannya akan mengesyorkan jenis rawatan untuk kulit kering yang bersesuaian bergantung kepada tahap keparahannya. Sekiranya kondisi kulit anda serius atau doktor anda merasakan ianya perlu, mereka mungkin akan merujukkan anda kepada pakar dermatologi ataupun pakar kulit. Biasanya, dengannya perubahan pada gaya hidup atau penggunaan krim hilang gatal seperti Suu Balm™ seharusnya sudah mencukupi untuk merawat simptom-simpton yang anda alami.

PERUBAHAN GAYA HIDUP UNTUK KULIT KERING

Perubahan yang kecil dan sederhana dalam kehidupan serta aktiviti seharian anda boleh menghalang dan memberi kelegaan kepada kulit yang kering. Cubalah:

  • Elak mandi dengan menggunakan air panas. Sebaliknya, gunakan air suam.
  • Mandi dalam tempoh kurang daripada 10 minit, ini kerana tempoh mandi yang lama akan mengakibatkan kulit kehilangan minyak kulit dan kelembapan semulajadi.
  • Gunakan mandian badan yang melembapkan kulit
  • Elak daripada menggunakan gel mandian dan mandian badan yang mengandungi SLS dan/atau SLES serta elakkan daripada menggunakan sabun; kesemua ini akan menghilangkan minyak semulajadi dari permukaan kulit.
  • Gunakan krim ekzema seperti Suu Balm™ sejurus selepas mandi.
  • Keringkan badan perlahan-lahan dengan menggunakan tuala lembut.
  • Elakkan daripada menggaru atau menggosok tompok kulit yang kering.
  • Tamatkan kitaran gatal dan garu dengan krim seperti Suu Balm™ yang dibuktikan secara klinikal mampu melegakan kegatalan dalam masa kurang daripada 5 minit!
  • Pastikan anda selalu minum air setiap hari (sekurang kurangnya 8 gelas atau lebih!)
  • Ia sangat penting bagi anda memilih pelembap yang sesuai untuk jenis kulit anda. Pastikan anda membaca label dan senarai bahan sebelum menggunakan sebarang kosmetik atau produk penjagaan kulit pada kulit anda.

PANDANGAN UNTUK KULIT KERING

Jika anda mengalami keadaan kulit kering sekali sekala, selalunya anda boleh mencegah dan merawatya dengan melakukan cara mudah dan membuat sedikit perubahan pada gaya hidup anda serta krim hilang gatal seperti Suu Balm™ yang mudah didapati di farmasi-farmasi. Jika anda mempunyai kulit yang terlalu kering, pastikan anda berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin.

Jika ia diabaikan tanpa sebarang rawatan, dermatitis boleh menjadi semakin teruk. Semakin lama kulit anda kering, semakin mudah ianya menjadi gatal. Apabila anda menggaru ia sebenarnya menjadikan rasa gatal-gatal semakin teruk, yang mana akan membuatkan anda ingin menggaru dengan lebih kerap – ini dinamakan sebagai kitaran gatal dan garu. Untuk jangka masa panjang, ini boleh mengakibatkan kondisi kulit kering anda menjadi lebih rumit dan sukar untuk ditangani, menggaru boleh mengakibatkan kulit luka dan berisiko untuk dijangkiti kuman, yang kebiasaannya memerlukan rawatan antibiotik, dan untuk jangka masa panjang ianya boleh menyebabkan kulit menjadi menebal dan berubah bentuk.

Inilah mengapa ianya sangat penting untuk mengambil langkah langkah awal. Pengesanan awal dan rawatan untuk kulit kering akan membantu anda mengelak daripada komplikasi jangka panjang ini, membuatkan anda merasa lebih selesa dengan cepat, dan juga mencegah daripada kondisi kulit menjadi lebih teruk. Dengan ini, anda boleh terus menikmati hari-hari anda dengan lebih aktif dan bermakna dan bebas daripada iritasi yang disebabkan oleh kulit kering dan gatal!

Legakan Kulit Kering pada Muka, Badan, Tangan dan Kulit Kepala dengan Produk Suu Balm

Terpaksa hidup dengan kulit kering dan bersisik bagaikan gurun Sahara bukanlah gurauan. Tidak kira sama ada kulit kering di muka, kaki, tangan atau mana-mana bahagian badan, ia merupakan mimpi ngeri kepada sesetengah antara kita.

Read More

Walaupun masalah kulit kering seperti tompok kulit kering, ruam dan kulit kering menggelupas adalah keadaan kulit yang sangat biasa dan tidak berbahaya, ia tetap boleh menyebabkan masalah kulit yang lebih teruk jika tidak dirawat dari awal.

Tahukah anda, kulit kering juga boleh menyebabkan penuaan kulit pramatang dan juga kulit gatal? Ini kerana lapisan permukaan kulit terjejas akibat kehilangan kelembapan dan keanjalan, menjadikan kulit lebih terdedah kepada keradangan dan kerosakan.

Oleh itu, jika anda mengalami masalah kulit kering dan sedang mencari produk untuk kulit kering yang sesuai, Suu Balm dengan produk-produknya yang ‘suu-per’ dapat memberikan anda kelegaan pantas yang diperlukan!

Pencarian Krim Kulit Wajah Kering Terbaik Anda Berakhir Di Sini

Jika anda mengalami masalah kulit kering, anda sangat memerlukan pelembap yang bagus dan boleh dipercayai untuk melegakan masalah kulit anda. Nasib baiknya ada Suu Balm Cooling Itch Relief Facial Moisturiser dan Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser untuk membantu anda secara efektif.

Walaupun namanya menunjukkan bahawa ia adalah untuk melegakan kegatalan, Suu Balm Cooling Itch Relief Facial Moisturiser dan Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser juga berfungsi hebat sebagai krim pelembab untuk kulit kering. Pelembap ini bukan sahaja dirumus dengan bahan-bahan berkualiti, ia juga mesra kulit dengan adanya bahan seperti ceramide sepadan kulit, yang merupakan asid lemak yang penting untuk mengunci kelembapan. Bukan itu sahaja, pelembap muka Suu Balm juga mengandungi Northern Truffle untuk melegakan kemerah-merahan akibat iritasi muka atau terlalu kering.

Cara Merawat Kulit Kering dengan Pelembab Terbaik

Ceramide yang merupakan salah satu bahan utama dalam pelembap ini adalah penting untuk kulit kerana ia membantu membaiki, memulihkan dan menambah semula lapisan permukaan kulit dan menghalang kehilangan kelembapan. Selepas setiap penggunaan, pelembab untuk kulit kering ini menyuburkan kulit dengan memastikan ia kekal lembap dan anjal, serta bertindak sebagai rawatan untuk kulit kering dan merekah.

Jadi, sama ada anda mengalami masalah kulit kering dan mengelupas pada siku, atau kulit kering keras dan bertompok atas kaki, anda boleh sapukan Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser di mana-mana bahagian badan bagi membantu melegakan kulit kering dan kegatalan pada bila-bila masa. Anda pasti suka menggunakan pelembap ini kerana ia mengandungi mentol yang boleh memberikan sensasi yang menenangkan dan juga menyejukkan!

Losyen Badan untuk Mengatasi Kulit Kering yang Sesuai untuk Semua

Satu lagi kelebihan Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser ialah ia boleh digunakan sebagai losyen badan untuk kulit kering oleh remaja sehingga mereka yang lebih dewasa.

Ia adalah losyen badan terbaik untuk kulit kering yang memberikan kelegaan dengan sensasi penyejukan. Pelembap ini juga sesuai untuk semua jenis kulit terutamanya kulit kering dan kebaikannya boleh dirasai oleh semua orang.

Jika anda tercari-cari losyen badan untuk kulit kering yang lebih sesuai untuk si kecil anda ataupun bayi baru lahir, Suu Balm juga mempunyai rangkaian produk khas untuk kanak-kanak seperti Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser.

Satu-satunya Mandian untuk Kulit Kering yang Anda Perlukan

Kami amat faham jika kebanyakan daripada anda berpendapat bahawa sabun mandian hanyalah sabun mandian, dan selagi ia boleh membersihkan badan, maka tiada apa lagi yang perlu dibicarakan mengenainya.

Walau bagaimanapun, jika anda masih mempunyai kulit kusam dan kering selepas mandi, besar kemungkinannya, anda tidak menggunakan mandian badan yang sesuai untuk kulit anda. Bukan itu sahaja, mandian badan yang anda gunakan ini juga mungkin boleh memudaratkan keadaan kulit anda, di mana kulit anda bertukar daripada kulit kering tanpa hidrat kepada kulit kering dan rosak.

Memperkenalkan Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash, yang merupakan salah satu mandian badan untuk kulit kering terbaik di Malaysia. Suu Balm Cream Body Wash sangat lembut dan juga sesuai digunakan walaupun anda mempunyai kulit kering dan bersisik. Ia akan menjadikan kulit anda lebih lembut dan lembap setiap kali selepas mandi. Malah kulit yang rosak dan kering juga akan terasa lebih segar selepas setiap cucian dengan adanya mentol penyejuk semulajadi dan bahan-bahan lain yang dipilih dengan teliti dalam mandian badan ini.

Paling penting, ia bebas daripada bahan berbahaya seperti sabun, sulfat, SLS, SLE, paraben, pengawet dan pewangi. Ini bermakna, tiada lagi bahan kotor dan membahayakan yang boleh merosakkan kulit anda!

Selepas mandi, sapukan Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser sebagai cara merawat kulit kering yang terbaik untuk anda!

Ucapkan Selamat Tinggal kepada Kulit Kering di Muka dengan Pencuci Muka Terbaik untuk Kulit Kering

Adakah anda mempunyai kulit kering menggelupas di dahi atau pipi? Anda juga telah mencuba banyak produk untuk kulit kering namun masih tidak membantu menyelesaikan masalah anda? Adakah kulit wajah yang kering membuatkan anda berasa kurang yakin? Atau adakah pemakaian pelitup muka menjadi punca kulit kering dan bintik merah kering muncul di muka anda?

Jadi, kami cadangkan untuk anda mencuba Suu Balm Gentle Moisturising Facial Cleanser. Ia bukan sahaja membersihkan muka tetapi juga memastikan kulit anda kekal lembap. Pencuci muka untuk kulit kering ini dirumus khas dengan formulasi kaya dan berkrim yang terdiri daripada shea butter yang berfungsi untuk memulihkan lapisan permukaan kulit kepada keadaan sihat. Ia juga bebas daripada sabun dan sulfat yang berbahaya (SLS, SLE) dan paraben, menjadikannya salah satu pencuci muka untuk kulit kering yang terbaik di Malaysia dengan formula lembut.

Padankan Suu Balm Gentle Moisturising Facial Cleanser dengan Suu Balm Cooling Itch Relief Facial Moisturiser selepas mencuci muka untuk kulit yang anjal dan sihat!

Penghantaran Percuma. Legakan Kulit Kering Anda dengan Suu Balm!

Tunggu apa lagi? Berikan peluang kepada Suu Balm untuk menjadi wira untuk melegakan kulit kering anda sekarang!

Beli produk kami dalam talian hari ini untuk menikmati penghantaran percuma ke seluruh negara dan pilihan pembayaran ansuran tanpa faedah!

Beli sekarang!

Share this page