dry skin solution

Kulit Kering

Rawatan Untuk Kulit Kering & Pilihan Pelembap

Kulit kering merupakan kondisi tidak selesa yang selalunya mempunyai ciri-ciri seperti kekeringan pada kulit, dan kemudiannya berubah menjadi bersisik, gatal-gatal dan merekah. Ia terjadi disebabkan beberapa faktor. Sebahagian orang mempunyai kulit yang kering yang boleh menjadi lebih teruk jika tidak dirawat dengan baik. Mereka yang mempunyai kulit jenis berminyak juga boleh mengalami kulit kering dari masa ke semasa.

Kulit kering boleh terjadi pada mana-mana bahagian tubuh badan, tapi selalunya kerap terjadi pada bahgian tangan, lengan, lutut, dan tumit kaki. Biasanya, ia boleh mengubah gaya hidup seseorang. Krim pelembap yang efektif seperti Suu Balm™ serta pemakaian yang konsisten boleh membantu anda untuk merawat kulit kering atau sensitif. Walau bagaimanapun, sekiranya rawatan-rawatan tersebut tidak berhasil, berjumpalah dengan doktor anda untuk mendapatkan konsultasi.

Pendedahan kepada cuaca yang panas, lembap, dan kering mahupun cuaca musim sejuk, air panas dan sesetengah bahan kimia berpotensi mengeringkan kulit. Inilah sebabnya mengapa ia penting bagi anda untuk terus menggunakan pelembap kulit selain memastikan anda membaca satu persatu label kandungan produk penjagaan kulit atau alat solek yang digunakan pada kulit anda yang kering. Kulit kering ini juga boleh terjadi disebabkan oleh tindak balas penyakit-penyakit kulit.

FAKTOR-FAKTOR RISIKO KULIT KERING

Kulit kering boleh terjadi kepada sesiapa sahaja! Akan tetapi, terdapat sesetengah faktor risiko yang meningkatkan peluang untuk menjadikan kulit anda lebih kering. Berikut adalah faktor-faktor yang perlu anda ketahui ;

  • Umur: Golongan dewasa lebih cenderung untuk memiliki kulit kering. Ini kerana, sejajar dengan peningkatan umur, pori pori kulit lazimnya mengeluarkan minyak yang sedikit, yang juga berfungsi sebagai pertahanan semulajadi bagi mengelakkan kekeringan kulit, oleh sebab itu ianya lebih meningkatkan risiko mendapatkan kulit kering.
  • Sejarah perubatan : Peluang bagi anda menghidapi kulit allergic akan meningkat jika anda mempunyai sejarah salah satu kondisi tersebut, atau jika ada di antara ahli keluarga anda yang menghidapi penyakit seperti lelah, atau demam yang berpunca dari alahan.
  • Musim: Kulit kering lebih biasa terjadi semasa musim luruh dan sejuk, iaitu apabila tahap kelembapan agak rendah. Pada musim panas pula, tahap kelembapan yang tinggi boleh membantu menghentikan kulit anda daripada kekeringan. Ini tidak bermaksud anda patut berhenti daripada menggunakan pelembap semasa musim panas!
  • Persekitaran: Cuaca di luar hanyalah salah satu faktor yang perlu diambil kira selain persekitaran di mana anda tinggal dan bekerja. Contohnya, mereka yang tinggal di negara yang beriklim tropika, walaupun cuace dengan tahap kelembapan tinggi, sering duduk atau bekerja di tempat yang berhawa dingin, kering dan menyebabkan keadaan kulit menjadi kering. Sama juga dengan mereka yang tinggal dalam cuaca yang lebih sejuk. Semasa musim sejuk, mereka lebih cenderung untuk menjadikan rumah mereka terlalu panas, yang mana keadaan ini akan menjadikan udara dan persekitaran sangat kering yang seterusnya menyumbang kepada kekeringan kulit.
  • Tabiat mandi: Mandi terlalu kerap atau mandi air panas akan meningkatkan risiko kulit menjadi kering. Penggunaan sabun atau produk mandian berbuih yang mengandungi bahan-bahan seperti Sodium Lauryl Sulfate (SLS) atau Sodium Laureth Sulfate (SLES) menambahkan risiko kekeringan kulit, ini disebabkan bahan-bahan ini membasuh dan menyingkirkan minyak kulit semulajadi yang sepatutnya menjadikan kulit lembap dan sihat.

RAWATAN UNTUK KULIT KERING

Bagi kes-kes yang sederhana, anda boleh merawat kulit kering sendiri dengan hanya mengikuti dua cara mudah:

  • Cuba kurangkan daripada terdedah kepada benda atau persekitaran yang boleh mengeringkan kulit
  • Gunakanlah pelembap dengan kerap setiap hari. Jika kulit anda mengalami kegatalan, anda patut memilih pelembap yang khusus untuk kulit sensitif yang juga turut mengandungi bahan yang boleh membantu anda melegakan rasa gatal-gatal.

Walau bagaimanapun, jika dalam jangka masa 1-2 minggu anda mengamalkan strategi serta langkah-langkah ini dan keadaan kulit kering anda tidak menunjukkan perubahan, ataupun menjadi semakin teruk, maka anda harus segera berjumpa dengan doktor anda untuk pengesahan diagnosis – berkemungkinan ianya lebih daripada sekadar masalah kulit kering.

Doktor anda kemudiannya akan mengesyorkan jenis rawatan untuk kulit kering yang bersesuaian bergantung kepada tahap keparahannya. Sekiranya kondisi kulit anda serius atau doktor anda merasakan ianya perlu, mereka mungkin akan merujukkan anda kepada pakar dermatologi ataupun pakar kulit. Biasanya, dengannya perubahan pada gaya hidup atau penggunaan krim hilang gatal seperti Suu Balm™ seharusnya sudah mencukupi untuk merawat simptom-simpton yang anda alami.

 

PERUBAHAN GAYA HIDUP

Perubahan yang kecil dan sederhana dalam kehidupan serta aktiviti seharian anda boleh menghalang dan memberi kelegaan kepada kulit yang kering. Cubalah:

  • Elak mandi dengan menggunakan air panas. Sebaliknya, gunakan air suam.
  • Mandi dalam tempoh kurang daripada 10 minit, ini kerana tempoh mandi yang lama akan mengakibatkan kulit kehilangan minyak kulit dan kelembapan semulajadi.
  • Gunakan mandian badan yang melembapkan kulit
  • Elak daripada menggunakan gel mandian dan mandian badan yang mengandungi SLS dan/atau SLES serta elakkan daripada menggunakan sabun; kesemua ini akan menghilangkan minyak semulajadi dari permukaan kulit.
  • Gunakan pelembap seperti Suu Balm™ sejurus selepas mandi.
  • Keringkan badan perlahan-lahan dengan menggunakan tuala lembut.
  • Elakkan daripada menggaru atau menggosok tompok kulit yang kering.
  • Tamatkan kitaran gatal dan garu dengan krim seperti Suu Balm™ yang dibuktikan secara klinikal mampu melegakan kegatalan dalam masa kurang daripada 5 minit!
  • Pastikan anda selalu minum air setiap hari (sekurang kurangnya 8 gelas atau lebih!)
  • Ia sangat penting bagi anda memilih pelembap yang sesuai untuk jenis kulit anda. Pastikan anda membaca label dan senarai bahan sebelum menggunakan sebarang kosmetik atau produk penjagaan kulit pada kulit anda.

PANDANGAN UNTUK KULIT KERING

Jika anda mengalami keadaan kulit kering sekali sekala, selalunya anda boleh mencegah dan merawatya dengan melakukan cara mudah dan membuat sedikit perubahan pada gaya hidup anda serta krim hilang gatal seperti Suu Balm™ yang mudah didapati di farmasi-farmasi. Jika anda mempunyai kulit yang terlalu kering, pastikan anda berjumpa dengan doktor anda secepat mungkin.

Jika ia diabaikan tanpa sebarang rawatan, kulit kering boleh menjadi semakin teruk. Semakin lama kulit anda kering, semakin mudah ianya menjadi gatal. Apabila anda menggaru ia sebenarnya menjadikan rasa gatal-gatal semakin teruk, yang mana akan membuatkan anda ingin menggaru dengan lebih kerap – ini dinamakan sebagai kitaran gatal dan garu. Untuk jangka masa panjang, ini boleh mengakibatkan kondisi kulit kering anda menjadi lebih rumit dan sukar untuk ditangani, menggaru boleh mengakibatkan kulit luka dan berisiko untuk dijangkiti kuman, yang kebiasaannya memerlukan rawatan antibiotik, dan untuk jangka masa panjang ianya boleh menyebabkan kulit menjadi menebal dan berubah bentuk.

Inilah mengapa ianya sangat penting untuk mengambil langkah langkah awal. Pengesanan awal dan rawatan untuk kulit kering akan membantu anda mengelak daripada komplikasi jangka panjang ini, membuatkan anda merasa lebih selesa dengan cepat, dan juga mencegah daripada kondisi kulit menjadi lebih teruk. Dengan ini, anda boleh terus menikmati hari-hari anda dengan lebih aktif dan bermakna dan bebas daripada iritasi yang disebabkan oleh kulit kering dan gatal!

Share this page