Apa itu SLS dan SLES dan Mengapa Kita Harus Elakkan Bahan Tersebut?

SLS dan SLES telah menjadi   yang menyebabkan kulit kering. Secara jujur, pernyataan ini adalah benar. Tetapi amat penting untuk anda memahami sebab disebaliknya. Oleh itu, jika anda sedang mencari alternatif yang lebih sihat atau mempunyai masalah kulit yang sangat sensitif, jom terokai sebab-sebab anda perlu berhati-hati dengan bahan-bahan tersebut.

Apakah itu sulfat?

Sulfat ialah sebatian garam yang terbentuk apabila asid sulfurik bertindak balas dengan bahan kimia lain. Ia adalah  istilah umum yang meliputi natrium lauret sulfat (SLS) dan natrium lauril eter sulfat (SLES).

Natrium Lauret Sulfat (SLS)

SLS adalah surfaktan kimia yang diperbuat daripada rantaian hidrokarbon  (minyak sawit, minyak kelapa atau petrol), melekat pada asid (sulfurik) dan ikatan alkali (Natrium Hidroksida). Secara ringkas, surfaktan ialah sebatian kimia yang menyebabkan objek menjadi licin dengan menurunkan tegangan permukaan antara dua bahan.

Secara ringkas, SLS ialah penyahgris, dan merupakan agen pembersih yang berkesan. Ia boleh mengurai lemak dan gris supaya mudah dibersih.

Sebatian kimia ini pada asalnya dicipta untuk menggantikan sabun—surfaktan asal. Natrium Lauril Eter Sulfat

SLES diperoleh daripada SLS melalui proses yang dipanggil etosilasi. Process ini adalah proses di mana Etilena Oksida digunakan untuk tukar sebatian supaya menjadi lebih lembut. Oleh itu, ia digunakan dalam kebanyakan produk penjagaan diri seperti sabun, syampu, sabun mandi, cecair basuh tangan dan ubat gigi.

Etosilasi menghasilkan 1,4 dioxane sebagai produk sampingan dari tindak balas kimia. Ia dikenali sebagai bahan perengsa pada bahagian mata, hidung dan tekak, dan dalam dos yang tinggi, dan boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang, hati, dan DNA.

SLES mungkin lebih lembut pada kulit berbanding dengan SLS tetapi ia lebih kurang setara dalam fungsi pembersihan dan penyahgrisnya.

Penggunaan utama SLS dan SLES dalam produk yang anda gemari

SLS dan SLES ialah bahan utama dalam industri dermatologi. Bahan-bahan ini digunakan terutamanya dalam produk penjagaan diri harian kerana sifat berbuih mereka. Ramai suka buih yang banyak kerana kami memikirbahawa lagi banyak buih bermaksud pembersihan yang lebih baik. Tetapi sebenarnya buih tidak diperlukan untuk pembersihan kulit, gigi, atau rumah anda!

Bahan kimia ini terus menjadi kegemaran pengeluar produk penjagaan kulit kerana bahan-bahan ini murah dan berfungsi secara ringkas dengan kesan yang baik. Walau ia dikenali sebagai bahan yang standard, terdapat juga banyak kontroversi di sebalik SLS dan SLES. Dan atas sebab itu, ramai telah memilih untuk menggunakan produk bebas sulfat, dan ini mungkin sesuatu yang anda mahu pertimbangkan juga.

Mengapakah SLS dan SLES tidak baik untuk kulit anda

Pertama sekali, kita mesti faham bahawa permukaan kulit merupakan ekosistem semula jadi yang dipanggil mikrobiom—komuniti mikroorganisma yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Ia terdiri daripada bertrilion bakteria, virus, dan kulat. Secara purata, lebih daripada seribu spesies bakteria hidup dengan subur dalam mikrobiom kulit—ada yang jenis baik, dan ada yang jenis jahat.

Sebagai surfaktan, SLS dan SLES merapatkan rintangan antara minyak dan air. SLS dan SLES mengurai kebanyakan lemak dan gris, termasuk gris semulajadi yang dihasilkan oleh kulit anda yang dipanggil sebagai sebum. Dalam situasi ini, jurang antara sel-sel yang diisi oleh minyak semula jadi ini dihapus dan air boleh keluar dari kulit. Akibatnya, kulit menjadi kering dan terdedah kepada masalah kulit.

Penggunaan surfaktan yang kerap mengganggu keseimbangan kepelbagaian mikrob yang rapuh. Penggunaan yang berkesan  dalam penghapusan kotoran, minyak dan gris, ia juga boleh hapuskan peptida semula jadi, protein dan minyak kalis air yang dihasilkan oleh biom anda. Akibatnya, keupayaan kulit anda untuk melindungi anda dari organisma asing dan keupayaan untuk mengawal paras penghidratan akan terjejas. Oleh itu, ini boleh menyebabkan keradangan dan iritasi.

Orang yang mempunyai kulit sensitif dan keadaan kulit yang lain sudah mempunyai mikrobiom kulit yang tidak seimbang. Oleh itu, kulit lebih terdedah kepada iritasi dan keradangan daripada bahan-bahan yang berbahaya.

Adakah SLS dan SLES ada kesan karsinogenik?

SLS telah dikutuk apabila diketahui bahawa ia ialah salah satu bahan yang boleh menyebabkan kanser. Tetapi tidak ada bukti saintifik untuk menyokong dakwaan ini. Jika ada, SLS dan SLES lebih dikenali sebagai bahan iritasi yang boleh menyebabkan keradangan dan kekeringan kulit dengan tempoh penggunaan yang panjang. Walau bagaimanapun, SLES, yang lebih lembut sedikit daripada SLS, ada menghasilkan sejumlah kecil 1,4 dioksana, yang merupakan bahan potensi karsinogenik.

Apakah pilihan alternatif anda?

Mujurlah, bidang sains telah berkembang pesat dan melepasi penggunaan bahan kimia yang lebih berbahaya pada tahun 1900-an. Pengguna yang menitik beratkan kesihatan boleh memilih produk bebas sulfat yang selamat dan lembut untuk kulit.

Jika anda mempunyai kulit sensitif atau masalah kulit, di pasaran sudah wujud produk yang bukan sahaja dengan formula tanpa SLS dan SLES tetapi juga tanpa bahan berbahaya lain seperti paraben, pewangi dan pengawet. Dengan rumusan yang lebih lembut, anda boleh mengelakkan keradangan dan masalah kulit.

Oleh itu, cubalah produk yang bebas sulfat selama seminggu dan lihat kesan yang baik pada diri anda. Sentiasa ingat untuk baca label produk dan pilih produk yang sesuai untuk kulit anda.

Mengapakah anda perlu pilih Suu Balm?

Dengan matlatmat yang sama untuk memastikan kulit anda sentiasa dilindungi dan sihat semasa proses pembersihan, Suu Balm mempunyai pilihan produk yang boleh melakukan fungsi tersebut. Semua produk kami bebas dari sulfat, jadi anda boleh kekal segar dan bersih serta dapat menjaga kulit anda yang lembut pada masa yang sama.

Kulit anda adalah organ terbesar di seluruh badan, oleh itu anda memang harus menggunakan bahan-bahan yang anda yakin untuk badan anda. Oleh itu, kami amat berdedikasi dalam proses formulasi produk kami untuk menggurangkan potensi iritasi ke tahap yang terendah dan masih berikan kesan pembersihan yang berkesan.

Kuncinya adalah untuk mencapai keseimbangan yang betul. Kami memformulasikan produk yang lembut untuk membersihkankotoran pada kulit anda tanpa menghapuskan minyak semula jadi dan bakteria yang baik. Kami juga memastikan formulasi itu sesuai dengan pH kulit anda tanpa menambah bahan yang berpotensi iritasi—jadi ia selamat untuk semua jenis kulit.

Sebagai contoh, Suu Balm Dual Cooling and Moisturising Cream Body Wash kami (Sabun cecair badan),  diformulasikan dengan bahan-bahan yang sangat lembut untuk memastikan kulit sentiasa rasa lega dan lembap. Ia mengandungi lima bahan pelembap: mentega shea, natrium hyaluronat, hidroksi asetofenon, trigliserida caprylic/capric dan betaine.

Gentle Moisturising Facial Cleanser (Pembersih Muka) kami juga merupakan pilihan yang diformulasi khusus untuk sesiapa yang mempunyai masalah kulit kering atau sensitif. Ia mempunyai keasidan sempurna yang boleh memulihkan lapisan pertahanan kulit yang sihat. Kami tidak menggunakan bahan-bahan berbahaya dan kami menggunakan formula yang kaya dengan manfaat pelembap mentega shea untuk setiap pembersihan.

Oleh itu, jika anda sudah bersedia untuk menyingkirkan sulfat berbahaya daripada  produk penjagaan diri anda dan keluarga anda, anda ada pilihan yang lebih selamat dengan Suu Balm. Produk kami diformulasi untuk menyokong ekosistem semula jadi badan anda tanpa merosakkan fungsi biologinya.

Anda boleh membersih dan menyejukkan suhu badan anda cuaca yang panas dan lembap ini tanpa menjejaskan lapisan pertahanan kulit anda. Marilah pilih produk kami yang lebih sihat di sini, dengan bayaran ansuran tanpa faedah!