Mencari produk penjagaan kulit yang sesuai memang perkara sukar dengan lambakan produk dalam pasaran yang mempunyai pelbagai pilihan. Jika anda mempunyai kulit kering, gatal dan sensitif, anda perlu meneliti bahan-bahan kandungan produk bagi memastikan ia selamat untuk kulit anda! Oleh itu, kami menjemput anda untuk bertanya jika ada apa-apa soalan supaya anda boleh membeli dengan bijak.Untuk membantu anda, terutamanya tentang produk kanak-kanak kami, kami telah menjawab soalan yang biasa ditanya. Baca Soalan Lazim yang sering ditanya di bawah ini.
Bolehkah Suu Balm Kids digunakan pada bayi?
Ya bolehl, Suu Balm Kids boleh digunakan sejak lahir lagi. Namun, untuk bayi, elakkan memakai dekat pada hidung, mulut atau mata.
Ia amat sesuai untuk kulit kanak-kanak yang halus sebab rangkaian produk ini bebas daripada bahan berbahaya seperti paraben, bahan pengawet dan wangian. Oleh itu, rangkaian produk ini sesuai untuk semua jenis kulit. Pelembap Suu Balm Kids memberikan kelegaan yang segera untuk kulit gatal kerana ia mengandungi menthol semulajadi dengan kuantiti yang sesuai untuk kanak-kanak!
Paling penting sekali, Suu Balm Kids mempunyai kandungan ceramide mirip kulit dan filaggrin yang lebih tinggi berbanding dengan produk orang dewasa. Produk ini akan membantu kulit mereka menjadi lembap!
Bolehkah Suu Balm Kids Moisturiser dipakai lebih daripada sekali sehari?
Produk ini selamat untuk digunakan lebih daripada sekali sehari. Sebenarnya, lagi bagus jika anda sering memakai produk ini pada anak-anak anda. Kesan kelembapan daripada ceramide dan filaggrin serta bahan menthol yang melegakan dapat menghentikan keinginan untuk menggaru dan mengembalikan pertahanan lapisan kulit yang mengunci kelembapan.
Adakah Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head-to-Toe Wash selamat digunakan untuk kanak-kanak?
Ya, Suu Balm Kids Dual Soothing & Moisturising Head-to-Toe adalah selamat untuk penggunaan kanak-kanak.
Diformulasikan di National Skin Centre Singapura, rangkaian produk Suu Balm Kids amat lembut untuk penggunaan kanak-kanak termasuk bayi baru lahir. Kami juga pastikan produk ini tidak memedihkan mata kerana ia boleh digunakan pada seluruh badan sebagai syampu dan mandian. Produk ini bukan hanya melembutkan malah membersihkan kulit tanpa mengeringkan kulit. Ia juga bebas daripada bahan-bahan seperti sabun, sulfat dan SLS/SLES.
Produk
Bagaimanakah produk Suu Balm memberi manfaat kepada pengguna?
Suu Balm memberikan kelegaan kegatalan yang segera dan membantu anda memulihkan kelembapan kulit! Ia direka secara khusus untuk orang yang mempunyai kulit kering, gatal dan sensitif. Produk ini mengandungi ceramide mirip kulit yang membaiki pertahanan lapisan kulit yang mengunci kelembapan.
Bagaimanakah anda tahu ia adalah krim terbaik untuk anda?
Pelembap Suu Balm terdiri daripada 2 versi, iaitu pelembap untuk orang dewasa dan pelembap Suu Balm Kids untuk kanak-kanak. Pelembap orang dewasa, ataupun Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser, mampu melegakan kegatalan dalam 5 minit . Manakala, pelembap Suu Balm Kids direka khas untuk kanak-kanak sejak lahir.
Kedua-dua pelembap ini diformulasikan dengan ceramide mirip kulit yang dapat membantu memulihkan penghadang kulit dan mengunci kelembapan serta memberikan kelegaan kegatalan yang segera dengan mentol semulajadi! Produk Suu Balm sesuai untuk semua jenis kulit, dan disyorkan khas untuk mereka yang ada kulit kering, gatal atau sensitif.
Bagaimanakah pelembap ini mengakhiri “kitaran garu gatal”?
Mentol dalam pelembap kanak-kanak membantu melegakan kegatalan dengan mencetus saraf pada kulit dan menyekat penghantaran isyarat gatal ke minda. Ceramide mirip kulit pula membantu membaiki pertahanan lapisan kulit dan membentuk lapisan pertahanan yang mencegah daripada kehilangan kelembapan. Ia membantu anak anda bebas daripada rasa gatal akibat kulit kering dengan adanya bahan ceramide dan mentol.
Apakah itu ceramide?
Ceramide ialah bahan semulajadi yang boleh ditemui dalam kulit kita dan membantu mencipta penyekat, satu pelindung yang menghalang bahan-bahan penting keluar daripada kulit anda dan juga menghalang bahan asing dari memasuki. Walau bagaimanapun, semakin lama, ceramide akan semakin berkurang dan akan menyebabkan terjadinya kulit kering dan gatal. Ceramide membantu membina pertahanan yang mampu mengelakkan kebolehtelapan. Dengan cara ini, ia akan mengunci kelembapan dalam kulit anda bagi membantu mengelakkan kulit kering atau gatal.
Mengapakah pentingnya untuk pelembap mengandungi ceramide?
Walaupun kulit kita mengandungi ceramide secara semulajadi, ia akan hilang secara beransur-ansur semasa kita berusia, kemudiannya menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal. Suu Balm mengandungi ceramide mirip dengan kulit untuk melembapkan, membaiki dan memulihkan peranan lapisan kulit sebagai penghalang.
Apakah perkara yang patut dan tidak patut dilakukan semasa menggunakan krim ini?
Jangan pakai secara terus pada kulit yang mempunyai luka terbuka. Gunakan ia pada kawasan sekeliling yang gatal dan gunakannya sekerap mungkin jika masih rasa gatal. Jangan guna terlalu dekat dengan mata, mulut atau pada kulit sensitif. Kesan mentol mungkin tidak bertoleransi pada kawasan itu.
Adakah Suu Balm selamat digunakan oleh ibu mengandung?
Semua bahan yang digunakan dalam produk kami selamat untuk digunakan semasa ibu mengandung. Sebenarnya, pakar dermatologi di KK Women’s dan Children’s Hospital in Singapore menggalakkan Suu Balm digunakan oleh ibu mengandung. Jika anda ragu-ragu, sila dapatkan nasihat daripada doktor.
Apakah yang membuatkan Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash menjadi pilihan berbanding jenama lain?
Suu Balm Dual Cooling & Moisturising Cream Body Wash mengandungi 5 jenis bahan pelembap yang amat lembut untuk kulit sensitif. Ia tidak mengandungi sabun, sulfat, SLES atau SLS. Produk ini juga bebas daripada bahan pengawet dan wangian membuatkan ia selamat untuk kegunaan SEMUA jenis kulit terutamanya kulit sensitif.
Bagaimanakah Pelembap Suu Balm Rapid Itch Relief Moisturiser Melegakan Kegatalan dengan segera dan membantu anda?
Pelembap ini berasaskan ceramide dan sesuai untuk kulit kering, gatal dan sensitif. Kulit kering gatal anda akan rasa lega dalam masa 5 minit kerana ia mempunyai kesan penyejukan daripada mentol semulajadi. Ia juga mampu menghidrasi, membaiki dan memulihkan peranan lapisan kulit sebagai penghalang melalui ceramide mirip kulit! !
Berapa kerapkah anda perlu melembapkan kulit?
Tiada jawapan yang mutlak, tetapi semakin kerap anda menggunakan pelembap, semakin bagus kondisi kulit anda terutamanya untuk mereka yang mempunyai kulit kering, gatal dan sensitif.
Justeru, bawalah satu tiub Suu Balm Kids Dual Rapid Itch Relieving & Restoring Ceramide Moisturiser bersama-sama anda supaya anda boleh menyapu pelembap pada kanak-kanak pada bila-bila masa sahaja!
Kami harap senarai soalan lazim ini dapat menjawab segala persoalan anda! Jika anda mencari produk penjagaan kulit yang memberikan manfaat dua dalam satu iaitu melegakan kegatalan dan mengembalikan kelembapan badan, Suu Balm Kids patut menjadi pilihan anda! Dapatkan sekarang daripada farmasi berdekatan atau kedai dalam talian Suu Balm.